Wednesday, 27 April 2011

MESTI BACA! Wanita Seusiaku…

P/S: If korang malas nak baca panjang-panjang, pls baca part  INI YANG MESTI BACA dan PESANAN. Read all is the best for you.Thanx~

Assalamualaikum & Salam sejahtera

MUQADDIMAH
Kejadian Allah sangat unik dan istimewa.Antara ciptaan Allah yang amat saya kagumi sebagai seorang wanita ialah organ peranakan di dalam tubuh  seperti rahim, ovari (kilang ovum/telur),  tiub fallopio dan sebagainya. Masya-Allah. Ovari menghasilkan dan melepaskan ovum setiap bulan. Ovum pula akan melalui tiub fallopio.ke arah rahim. Seteusnya di situlah tempat kita diciptakan sewaktu persenyawaan berlaku antara sperma bapa dan ovum ibu. Seterusnya di situ jugalah tempat kita membesar selama 9 bulan sebelum dilahirkan.

Kelahiran bayi adalah satu nikmat Allah SWT yang amat-amat besar kepada hambaNya. Jika anda pernah menyaksikan sendiri proses kelahiran bayi, anda pasti akan menitiskan air mata kerana mengingatkan ibu anda yang bertarung nyawa untuk melahirkan anda.Itulah yang berlaku kepada saya ketika kali pertama melihat seorang ibu meneran sekuat hatinya untuk melahirkan anak ketika posting Obstetric&Gynaecology (Kelahiran&Sakit Puan) di tahun 3 dulu. Aduh seksanya ibu. Terpaksa menahan sakit bersalin berjam-jam lamanya. Amat besar pengobanan ibu Sebab itulah syuga di bawah telapak kaki ibu.

KLIMAKS
Bukan itu yang saya nak sampaikan sebenarnya.Hikmah kejadian Allah terdapat di mana-mana. Selain tempat penciptaan dan pembesaran seorang bayi, ujian Allah dalam bentuk kesakitan di dalam organ peranakan juga meupakan hikmah penciptaan organ tersebut. Inilah yang ingin saya sampaikan kepada anda terutama rakan-rakan wanita yg seusia saya. Ujian Allah amat penting;  sebagai peringatan buat hambaNya yang alpa dan leka, untuk meningkatkan keimanan hambaNya, dan juga sebagai penghapus dosa. Ujian Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk samada kesenangan atau kesusahan. Maka, penyakit di dalam organ peranakan adalah ujian Allah dalam bentuk kesusahan. 1001 penyakit boleh menyerang organ peranakan.

INI YANG MESTI BACA
Nak dijadikan cerita. Saya pergi buat check-up di salah sebuah klinik swasta berdekatan pada 18 April lepas. .

Doktor: Ape khabar? ok.ape masalahnya ni dik?
Saya  : Doktor, saya nak buat scan
Doktor: Awak mengandung ke?
Saya  : Eh taklah.saya belum kahwin lagi. Saje-saje nak scan      untuk screening
Doktor: Kenape awak nak screening?
Saya  : First sebab saya ada dysmenorrhea (sakit senggugut)sejak dulu lagi.Second sebab kakak sulung saya ada ovarian cyst(ketumbuhan di dalam ovari yang bukan kanser)
Doktor: Ok.come.we do scan.
Saya  : (Ya Allah Ya Tuhanku, harap-harap tak ada apa-apa)
Doktor: Look.You have a big cyst in your right ovary 7cmx5cm
Saya  : Betulkah doctor? (Ya Allah. Menitis air mataku)
Inilah gambar scan saya. Di sebelah kanan (white arrow) adalah ketumbuhan cyst di ovari yang saiznya 
hampir sama besar dengan rahim yang berada di sebelah kiri. Maksudnya sangat besar

Saya segera berjumpa pakar sakit puan untuk rawatan lanjut di salah sebuah hospital swasta. Taikh pembedahan telah pun ditetapkan. Takutnya saya nak menjalani pembedahan yang pertama kali dalam hidup saya. Sebelum ini asyik menyaksikan sahaja pesakit-pesakit tetapi kali ini saya sendiri yang akan mengalaminya. Permudahkanlah YaAllah…

Malangnya, pada hari yang sama, kakak kedua saya juga baru mengetahui dia juga mempunyai ketumbuhan cyst di kedua-dua belah ovarinya dan juga ketumbuhan di dalam rahim (fibroid) selepas menjalani scan. Innalillah….Betapa besar ujian Allah SWT kepada kami adik-beradik.

PESANAN
Secara ringkasnya, ketumbuhan sista (cyst) di dalam ovari merupakan penyakit yang sering menyerang wanita di peringkat muda sebelum menopaus . Sangat-sangat common. Ramai kawan saya juga mempunyai penyakit ini. Punca kejadian tidak diketahui.Penyakit ini adalah senyap bermakna kebanyakan pesakit tidak mempunyai tanda-tanda langsung. Tidak mengalami sakit senggugut tidak semestinya bermaksud anda sihat 100%. Good news nya adalah hanya 10% adalah kanser sekiranya ia menyerang wanita yang belum menopause. So jangan takut untuk pergi ke klinik atau hospital untuk menjalankan screening melalui pelvic scan. Buat kawan yang seusia saya, pls pergi check okey sebelum ia melarat sehingga memerlukan pembuangan ovari anda. Minta dijauhkan.

4 comments:

Noor Hidayah Riduan said...

iskh...tkut nya tie..btol ker?nak check lah....

Nor Izzati Mohd Tahir said...

betul3.ini bkn cObaan..silalah menjejakkan kaki anda ke klinik or hosp for checkup oke.

Noor Hidayah Riduan said...

aku dh wat check up dh td..alhamdulillah..tak ada..takut gak...takpe..semoga ko cepat sembuh yea...

hanisah zul said...

mcm mana dengan kos nya? beribu ke?

Post a Comment